English | ÖÐÎÄ | Bahasa Malaysia  
 

Selamat datang ke dunia Vkenn yang mengagumkan.

Kami berasa bangga dengan kesudian anda melawat laman web kami dan izinkan kami membawa anda mendekati dunia revolusi perniagaan kami.

Vkenn adalah sebuah organisasi permasaran rangkaian yang berinovasi. Organisasi ini diuruskan oleh Firaxis International Sdn. Bhd yang merupakan perintis dalam era e-perdagangan. Kami amat bersyukur kerana berjaya mencantumkan kemudahan-kemudahan internet dengan sistem pemasaran rangkaian sebagai strategi perniagaan kami. Ia menggunakan gabungan internet yang dinamik dan pantas bersama dengan sistem pemasaran rangkaian yang serba canggih dan inovasi.

Di Vkenn, kami bercita-cita untuk menawarkan peluang perniagaan kepada seluruh lapisan masyarakat agar taraf kehidupan boleh ditingkatkan. Ini dikecapi melalui konsep Pemasaran Pelbagai Peringkat (MLM) untuk memperkenalkan e-pemasaran, kesedaran penjagaan kesihatan, kekayaan, kebahagiaan kekeluargaan dan kebebasan.

Kumpulan pengurusan kami terdiri daripada sekumpulan pakar yang dinamik, berpengalaman, berpandangan jauh dan mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dan industri. Ahli-ahli kumpulan kami yang berorientasikan pencapaian, iaitu pakar pengurusan, pakar kewangan, doktor, pakar IT dan jurutera, sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada anda dalam menceburi dan memperkembangkan bidang perniagaan rangkaian anda.

Dengan menggabungkan konsep E-perdagangan dan pemasaran rangkaian, kami menguasai sepenuhnya teknologi IT, menjadikan kami arif dalam pelbagai bidang. Kami bertekad untuk membina sistem pemasaran rangkaian yang tercanggih di dunia dengan menjadikannya efisien, boleh dipercayai, berinteraksi, terbuka, mudah dicapai dan tepat dalam pengiraan bonus semasa. Lebih-lebih lagi, kumpulan sokongan IT kami adalah sentiasa bersedia dalam memberikan flesibiliti semasa dan bantuan serta-merta kepada ahli-ahli istimewa kami.

Dengan kesedaran dalam kesihatan dan kesejahteraan hidup, kami menawarkan makanan nutrisi dan herba yang eksklusif dan berkualiti. Jika anda mencari-carikan satu penyelesaian sebelum ini, anda pasti akan mendapati produk Vkenn adalah unik. Setiap produk diformulasi secara berkualiti dengan ramuan yang tulen dan berdasarkan hasil kajian dari seluruh dunia untuk memastikan produk Vkenn adalah selamat.

Falsafah kami bertemakan "Kerja Bersenang, Untung Berlumayan, Hidup Berbahagia". Peluang perniagaan kami adalah berasaskan kepercayaan bahawa setiap individu patut memiliki kesihatan, impian dan masa depan. Kita perlu berpandangan jauh, bersungguh-sungguh serta berazam tinggi demi membentuk keluarga yang bahagia dan mencapai taraf hidup yang tinggi. Dengan Vkenn, anda pasti mencapai kejayaan yang unggul dengan hasil pulangan yang lumayan dan kebebasan hidup yang diingini.

 
  | Mengenai Kami
 
| Visi & Misi
 
| Prinsip dan lambang korporat
 
| Pejabat
 
| AJL
 
| Pasukan Pengurusan