English | ÖÐÎÄ | Bahasa Malaysia  
 

Peluang Perniagaan yang Berwawasan.

Gambaran Keseluruhan
Bayangkan kehidupan di mana anda mampu memiliki sebuah rumah dengan hasil reka ciptaan anda sendiri, memandu kereta impian anda dan memberi kehidupan yang mewah kepada ahli keluarga anda.

Kejayaan boleh dinilai dari pelbagai segi, ia melibatkan gaya hidup, kebebasan kewangan dan pencapaian individu. Keutamaan dalam kejayaan perniagaan anda adalah struktur pengedar syarikat kami dan ia merupakan cara pampasan kami kepada anda.

Mengapa Anda Patut Memilih Vkenn?
Dengan peluang perniagaan Vkenn, anda mempunyai kebebasan untuk menghasilkan peluang pendapatan yang tiada batasannya. Kami menawarkan anda kelebihan persaingan yang tiada bandingan:

Rangkaian Global
Setiap ahli di Vkenn akan berkongsi satu rangkaian tanpa mengira bangsa, kebudayaan, persepsi dan cara berfikir. Ini membenarkan anda menaja sesiapapun di seluruh dunia dan menempatkan mereka di dalam rangkaian anda. Adakah anda tahu bahawa terdapat banyak syarikat memerlukan anda memulakan satu rangkaian baru sepenuhnya jikalau anda ingin menaja seseorang daripada luar negeri. Di Vkenn, kami mengabaikan amalan ini disebabkan ia adalah konvensional dan tradisional.

Internet / SMS System
Anda akan memiliki satu akaun peribadi untuk membolehkan anda menyemak dan mencetak genealogi, bonus, urus niaga, penyata pendapatan dan lain-lain melalui Internet atau SMS. Sebaik sahaja anda mempunyai akaun peribadi anda, anda boleh menaja dan mandaftarkan prospek anda dengan serta-merta. Anda hanya perlu membeli produk yang diperlukan dan perkhidmatan kiriman ke rumah akan disediakan. Ini bermakna anda telah dilengkapi dengan alat-alat yang berguna untuk memudahkan anda menjalankan perniagaan pada bila-bila masa dan di mana jua sahaja!

Pengiraan Bonus Dalam Masa Nyata
Kebanyakan ahli hanya mendapat bonus sekali sebulan, akan tetapi, setiap ahli di Vkenn akan menerima bonus dua kali sebulan. Yang pentingnya, bonus adalah dihitung dalam masa nyata. Anda akan mendapat keuntungan pada setiap minit dan lebih-lebih lagi pada setiap saat! Bayangkan betapa berkesannya sistem ini. Ia dirancang dengan tujuan untuk membekalkan kesenangan dan keselesaan kepada anda.

Produk Terjamin Bermutu Tinggi
Kesemua produk kami terbuktinya mujarab dan bermutu tinggi. Kami menawarkan nutrisi dan herba yang eksklusif. Jika anda mencari-carikan satu penyelesaian sebelum ini, anda pasti akan mendapati produk Vkenn adalah unik. Setiap produk diformulasi secara berkualiti dengan ramuan yang tulen dan berdasarkan hasil kajian dari seluruh dunia untuk memastikan produk Vkenn adalah selamat dan mendapat pengiktirafan dan kepuasan orang ramai di peringkat antarabangsa.

Ganjaran Lumayan Yang Tiada Bandingannya
Potensi Pendapatan Yang Tidak Terhad Dari Segi Jangka Panjang dan Jangka Pendek ! Pengalaman menunjukkan bahawa Pelan Pemasaran yang membawa ganjaran lumayan, jelas dan nyata merupakan kunci usaha anda untuk mendapatkan pulangan maksimum dan berkesan. Di Vkenn, kami mempunyai Pelan Pemasaran yang mudah dan nyata untuk mencapai matlamat ini. Apabila anda mengkaji Pelan Pemasaran kami, anda akan mendapati ia begitu mudah, ringkas lagi padat dan mudah untuk difahami. Sesungguhnya, Pelan Pemasaran kami pasti memimpin anda dalam menuju ke arah kejayaan dan membawa pulangan yang lumayan untuk diri anda dan juga rakan-rakan yang menceburi pasukan Vkennn.


Oleh itu, sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan mutu dan kualiti serta imej produk, secara ikhlasnya kami menjemput dan mempelawa anda untuk menjadi sebahagian daripada kami. Ganjaran lumayan yang diidamkan boleh dicapai dan kejayaan ini adalah disebabkan Pelan Pemasaran kami yang begitu mudah sekali dan terbukti berkesan.

Justeru, apa yang anda nanti-nantikan? Sertailah kami untuk mendirikan rangkaian organisasi tempatan, nasional dan antarabangsa dengan menjadi ahli istimewa kami. Dapatkan keuntungan dengan usaha anda dan usaha dari mereka yang ditaja oleh anda dalam organisasi ini.

  MOTTO KAMI:
MAHLIGAI KEJAYAAN ANDA!